Wednesday, September 23, 2015

Cara Nak Buat Batu Seremban

time I kecik kecik dulu I suka  main batu seremban . mak I buat pakai kain pelikat yg dah tak guna .
hahaha ...kain tu lembut so I suka sangat main . satu ari tu , sebijik batu hilang so sejak hari tu
I cuba nak buat sendiri . macam macam bentuk I buat . akhirnya dapat juga bentuk piramid ..

so hari ni I nak ajar korang buat perfect size lah untuk buat batu seremban . handmade punye tau .

first , kene lah sediakan bahan bahan

1. kain perca .
[ ikut ukuran I , 4.5 cm  x 8.5 cm untuk sebijik batu seremban ]


2. benang dan jarum


3. gunting
4.  kacang hijau / beras / pasir
[ I biasa guna kacang hijau untuk isi . ]

  
5. jarum peniti 
[ kalau nak kemaskan jahitan ]


so kalau dah sediakan sume bahan , kita boleh start now !!

first , lipat kain perca yang dah siap ikut ukuran tue kepada dua . jadi , ade tiga sisi
yang perlu di jahit . jahit dua sisi ikut jahitan yang korang suka . jahit biar rapat untuk elakkan daripada
bocor . I suka pakai jahitan insang pari sebab dia tak mudah bocor . 

then , (ceh , dah macam karangan pulak) terbalikkan kain tu . pastu , lipat kain
ke dalam sikit dalam 0.5 cm . masukkanlah kacang . bagi I , jangan penuh sangat lah nanti
susah nak main . nanti korang akan jumpa bentuk piramid . lastly , (memang
betul lah karangan) jahit lah ikut suka hati korang ..dah siap..

pendekkan cara nya . tapi memang itulah caranya . hahaha ...

Sunday, September 20, 2015

Cakap Korea

KOREA ? semua tahu korea . artisnya dari segi gaya rambut sampai warna kuku pon nak tahu jugak kan . selalunya diorang buat semua jadi trend . okaylah . I suka tengok rancangan popular running man . best kan ? rugi ah tak tengok... hari in I nak share bahasa korea yang paling asas lah . kalau nak pergi sana , tahu cakap benda nie pon kira okey lar..


  1.  ANNYEONG-HA-SEYO = hello / hai
  2.  JALJAYO = selamat malam
  3.  NAEGA = saya
  4.  NEO = awak
  5.  DANGSIN = anda
  6.  YEOJA = perempuan
  7.  NAMJA = lelaki
  8.  HYUNG (abang) = panggilan lelaki kepada lelaki lebih tua daripadanya
  9.  NOONA (kakak) = panggilan lelaki kepada perempuan lebih tua daripadanya
  10.  OPPA (abang) = panggilan perempuan kepada lelaki lebih tua daripadanya
  11.  NAMDONGSAENG = adik lelaki
  12.  YEODONGSAENG = adik perempuan
  13.  DONGSAENG = adik
  14.  ANIYO = tidak
  15.  ANI = bukan
  16.  GERAEYO = baiklah
  17.  KAMSAHAMIDA = terima kasih
  18.  JOSONGHAMIDA = maafkan saya
  19.  JALJINAESEOYO = apa khabar
  20.  NUGU-IMNIKA = nama awak siapa
sampai sini je lah yang I tahu....okay bye.