time I kecik kecik dulu I suka main batu seremban . mak I buat pakai kain pelikat yg dah tak guna .
hahaha ...kain tu lembut so I suka sangat main . satu ari tu , sebijik batu hilang so sejak hari tu
I cuba nak buat sendiri . macam macam bentuk I buat . akhirnya dapat juga bentuk piramid ..
so hari ni I nak ajar korang buat perfect size lah untuk buat batu seremban . handmade punye tau .
first , kene lah sediakan bahan bahan
1. kain perca .
[ ikut ukuran I , 4.5 cm x 8.5 cm untuk sebijik batu seremban ]
2. benang dan jarum
3. gunting
4. kacang hijau / beras / pasir
[ I biasa guna kacang hijau untuk isi . ]
5. jarum peniti
[ kalau nak kemaskan jahitan ]
so kalau dah sediakan sume bahan , kita boleh start now !!
first , lipat kain perca yang dah siap ikut ukuran tue kepada dua . jadi , ade tiga sisi
yang perlu di jahit . jahit dua sisi ikut jahitan yang korang suka . jahit biar rapat untuk elakkan daripada
bocor . I suka pakai jahitan insang pari sebab dia tak mudah bocor .
then , (ceh , dah macam karangan pulak) terbalikkan kain tu . pastu , lipat kain
ke dalam sikit dalam 0.5 cm . masukkanlah kacang . bagi I , jangan penuh sangat lah nanti
susah nak main . nanti korang akan jumpa bentuk piramid . lastly , (memang
betul lah karangan) jahit lah ikut suka hati korang ..dah siap..
pendekkan cara nya . tapi memang itulah caranya . hahaha ...